Monday, November 29, 2010

US Sirloin steak


Bahan-bahan ( 2 )

  • 400g stik US sirloin
  • 1 biji kentang - dibakar
  • 1 biji jagung
  • 1 biji tomato
  • Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli
  • Seasoning steak - kat tesco ade
  • **** BAHAN SOS ***
  • 1 ulas b.putih- cincang
  • 2 biji b.besar - cincang
  • 2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • 2 biji tomato - buang biji + cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
  2. Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
  3. Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan
  4. Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
  5. Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...