sosej daging
Bahan-bahan ( 8 ketul )
- 500 gm daging cincang
- 1 s/k garam
- 1 s/k gula
- 1/2 sk lada hitam(digores kasar)
- 1/2 s/k thyme (dry pun OK)
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus atau parut)
- 2 s/b parsley
- 2 s/k tepung ubi
Cara-cara
- Masukkan semua bahan dan gaul dengan tangan sampai lembut sehingga seakan2 bertali. kalau ada food processor lagi senang.
- Bila dah lembut, bahagikan kepada 8 bahagian. ambil satu bahagian, baling2kan dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya untuk keluarkan udara. Bentukkan memanjang, dan balut kejap dengan plastik wrap.
- Ikat hujung dengan tali, kemudian pusingkan hujung yang lagi satu supaya plastik wrap tadi cekang, ikat macam dalam gambar.
- Masukkan kedalam bag plastik tahan panas seperti GLAD ataupun ZIPLOCK, keluarkan udara dan zipkan mulut.
- Panaskan air. Bila dah ada wap keluar (dalam 70~75 Celcius), masukkan sosej tadi, tindih dengan tudung periuk ataupun piring supaya beg plastik tadi tenggelam. kecilkan api, renihkan selama 45 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan didalam peti sejuk. Jika suka, goreng dalam minyak yang sedikit sebentar sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment