Monday, November 29, 2010

meat roll


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300g daging cincang
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 50g cheese
  • 1/2 biji telur
  • 4 sudu besar breadcrum
  • sedikit garam, sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Masukkan daging, garam, serbuk lada putih, breadcrum dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Ambik sekeping aluminum foil. Ratakan daging tadi ke atas aluminum foil tersebut.
  3. Letakkan sayur campur dan cheese ke atas daging tadi.
  4. Kemudian gulung daging tadi bersama dengan aluminum foil.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 25-30 minit.
  6. Campurkan sos tomato dan kicap pekat. Kemudian sapukan pada permukaan daging tadi.
  7. Bakar lagi selama 5 minit
  8. Setelah masak, potonglah kepada beberapa bahagian. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...