Friday, November 19, 2010

Harga Sebuah Kereta dan Anak


Ingatlah.... marah mcm mana sekalipun, jgnlah
> > bertindakketerlaluan. ....
> >
> > kepada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar
> > dan pengajaran.. .....
> >
> > Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suamikita
> > memukul, especially pada anak2 yg masih kecil dantaktau apa2
> > lagi tu.
> >
> > Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik,mungkin dah
> > sampai masa untuk badan2 kebajikan educateorg M'sia
> > untuk praktikkan konsep 'time out' jikaanak2 buat
> > salah.
> >
> > Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain dikota-kota
> > besar - meninggalkan anak-anak diasuhpembantu rumah semasa
> > keluar bekerja.
> >
> > Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tigasetengah
> > tahun. Bersendirian di rumah, dia kerapdibiarkan pembantunya
> > yang sibuk bekerja bermaindiluar, tetapi pintu pagar tetap
> > dikunci. Bermainlahdia sama ada berbuai-buai di atas buaian
> > yang dibelibapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas
> > danlain-lain di laman rumahnya.
> >
> > Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia punmelakar
> > simen tempat letak kereta ayahnya tetapikerana diperbuat
> > daripada marmar,lakaran tidakkelihatan. Dicubanya pada
> > kereta baru ayahnya.
> >
> > Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannyajelas. Apa
> > lagi kanak-kanak ini pun melakarlahmelahirkan kreativitinya.
> > Hari itu bapa dan ibunyabermotosikal ke tempat kerja kerana
> > laluannya sesaksempena perayaan Thaipusam.
> >
> > Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kirikereta.
> > Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnyasendiri, lukisan
> > ayam, kucing dan sebagainya mengikutimaginasinya. Kejadian
> > itu langsung tak disedari sipembantu rumah.
> >
> > Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itumelihat
> > kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaranansuran,
> > berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masukke rumah terus
> > menjerit...
> >
> > 'Siapa punya kerja ni?'
> >
> > Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan ituberlari
> > keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merahpadam ketakutan
> > tambah-tambah melihat wajah bengistuannya. Sekali lagi
> > diajukan pertanyaan keraskepadanya, dia terus mengatakan..
> > ..
> >
> > 'Tak tahu... !'
> >
> > 'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa
> > kaubuat?' herdik si isteri pula.
> >
> > Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tibaberlari
> > keluar dari bilik. Dengan penuh manja diaberkata...
> >
> > 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya
> > menerkamayahnya ingin bermanja seperti selalu.
> >
> > Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokokbunga
> > raya di depannya, terus dipukul bertalu-talutapak tangan
> > anaknya. Si anak yang tak mengertiapa-apa terlolong-lolong
> > kesakitan sekaligusketakutan. Puas memukul tapak tangan, si
> > ayah memukulpula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
> > mendiamkandiri, antara setuju dan takut pada suami
> > denganhukuman yang dikenakan.
> >
> > Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Sibapa
> > cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dankemudian tangan
> > kiri anaknya.
> >
> > Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,pembantu
> > rumah menggendong anak kecil itu, membawanyake bilik.
> > Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangansi anak kecil
> > calar balar.
> >
> > Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambilmenyiram
> > air sambil dia menangis. Anak kecil itu pulaterjerit-jerit
> > menahan kepedihan sebaik calar-balaritu terkena air. Si
> > pembantu rumah kemudian menidurkananak kecil itu.
> >
> > Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersamapembantu
> > rumah.
> >
> > Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-duabelah
> > tangan si anak bengkak. ..
> >
> > 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa
> > sianak.
> >
> > Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil ituyang
> > menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapakonon mahu
> > mengajar anaknya.
> >
> > Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjengukanaknya,
> > sementara si ibu juga begitu tetapi setiaphari bertanya
> > kepada pembantu rumah.
> >
> > 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.
> >
> > 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
> >
> > Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
> > bilikpembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam
> > pelukanpembantu rumah, dia menutup semula pintu.
> >
> > Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu
> > tuannyabahawa suhu badan Ita terlalu panas.
> >
> > 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'
> > kata majikannya itu.
> >
> > Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
> > klinik.Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital
> > keranakeadaannya serius.
> >
> > Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggilbapa dan
> > ibu kanak-kanak itu.
> >
> > 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan
> > agarkedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong keranagangren
> > yang terjadi sudah terlalu teruk.
> >
> > 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perludipotong
> > dari siku ke bawah' kata doktor.
> >
> > Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
> > mendengarkata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik,
> > tapiapalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul sianak.
> > Dengan berat hati dan lelehan air mataisterinya, si bapa
> > terketar-ketar menandatangani suratkebenaran pembedahan.
> >
> > Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
> > yangdikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia
> > jugaterpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya
> > berbalutputih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
> > kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihatmereka
> > semua menangis.
> >
> > Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletahbersuara
> > dalam linangan air mata berkata...
> >
> > 'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau
> > ayahpukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah...
> > sayangmama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu
> > gagalmenahan rasa.
> >
> > 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
> > wajahpembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dariSurabaya
> > itu meraung seperti histeria.
> >
> > 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..
> > Itajanji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main
> > macam mana? Itajanji tak conteng kereta lagi,' katanya
> > bertalu-talu.
> >
> > Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kataanaknya.
> > Meraung dia sekuat hati namun takdir yangsudah terjadi,
> > tiada manusia dapat menahannya.
> >
> >
> > P/S :-
> > Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama...
> > Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda...
> > Bersyukurlah anda dikurniakan anak olah Allah...
> > Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat
> > menghargai kanak-kanak. .. Bagi anda yang mempunyai
> > anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada
> > mereka...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...