Monday, November 29, 2010

Daging Masak Merah


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • Tulang & Daging ( Lembu atau kambing )
  • Rempah Sop - 1 pkt Adabi
  • Sop Bunjut - 1 Bunjut Adabi
  • Bawang Merah - Banyak sikit
  • Bawang Putih
  • Halia
  • 1 Tin Tomoto Pure
  • Lobak untuk memekat kuah
  • Garam & Gula
  • Sedikit Lada Kering untuk rasa pedas

Cara-cara

  1. Daging dan Tulang ( lembu atau kambing ) hendaklah direbuskan bersama-sama dengan Rempah Sop dan 2 Sop Bunjut sehingga empuk.
  2. Bawang Merah, bawang putih, halia dan lada kering hendaklah dikisar.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing dan masuk pula tomoto pure kedalam periuk rebusan air daging. Bahan yang telah ditumis tadi pun hendaklah dimasuk kedalam periuk rebusan iar daging.
  4. letakkan garam, gula secukup rasa. Andai kuah tidak terlalu pekat, masukkan 1 Biji lobak yang telah dikisar kedalam periuk rebusan daging. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...