Daging dipotong kecil & direbus hingga empuk. Asingkan daging & air rebusan, ketepikan.
Basuh & rendamkan seketika cili kering di dalam air panas, potong kecil & masukkan ke dalam blender. Masukkan juga cili merah & kesemua bawang² yang telah dipotong kasar ke dalam blender.
Potong kecil² 2 batang serai, masukkan ke dalam blender. Masukkan sedikit air & blender kesemua bahan² sehingga lumat.
Panaskan minyak, masukkan cili yang diblender, goreng sehingga agak garing.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan daun kari dan 3 batang serai yang telah diketuk / dititik.
Pastikan cili benar² garing, masukkan daging yang telah direbus.
Biarkan seketika, perlahankan api & tutup periuk dengan penutup.
Bancuh pes asam jawa dengan air rebusan daging.
Masukkan bancuhan air asam ke dalam periuk, gaulkan sebati.
Rasa tahap masam, masin & kepekatan kuah. Pastikan ianya secukup rasa. Tambahkan air sekiranya kuah terlalu pekat.
Biarkan seketika. Padamkan api & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas².
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
Cara-cara
Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!
Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
Utk. tumisan: 3 biji buah pelaga, 1 bunga lawang, 2 inci kayu manis
Cara-cara
Senang je..... Blend semua bawang, halia dan kunyit tadi dan gaulkan dengan daging yang sudah di hiris dan dibersihkan. Gaul sekali dengan lada hitam, madu, sos tiram dan kicap. Peram (masuk dlm fridge) lebih kurang 15minit.
Toskan daging , tetapi JANGAN buang air peram (sos marinade) tadi.
Tumis buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, dan masukkan daging.
Goreng daging lebih kurang 5 minit, dan masukkan air "marinade" tadi. Masak dengan api sederhana sehingga daging lembut dan sos/kuahnya sedikit kering dan kelihatan berkilat.
Boleh dihias dengan hirisan bawang besar dan cili merah/hijau.