Showing posts with label COOK - TELUR. Show all posts
Showing posts with label COOK - TELUR. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Tauhu telur kukus


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 biji telor
  • 11/2 cawan air
  • 3/4 sudu besar minyak masak
  • sedikit minyak bijan (jika suka)
  • secubit garam dan lada sula (lada putih)
  • bawang goreng, daun sop dan daun bawang (untuk hiasan dan penambah rasa)

Cara-cara

  1. Bahantauhutelur
    Bahan-bahan untuk tauhu telur kukus
  2. Pukul telor hingga berbuih.
  3. Campursemuabahan
    Masukkan air, minyak, garam dan lada sulah.
  4. Pukulsekejapsemuabahan
    Kacaukan kesemua bahan-bahan tadi.
  5. Kukus
    Kukus sebentar hingga telor masak.(jangan lama sangat nanti air masuk ke dalam tauhu)
  6. Letakkanhiasan
    Taburkan bawang goreng dan daun sop/daun bawang.

Telur dadar dengan tuna


Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 2 biji telur ayam
  • 1 tin tuna (perasa tuna dan cili padi)
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 btg pickles cucumber - potong dadu
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Kacaulah biar semua bercampur rata.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali. Masak dengan api kecil.
  4. Bila dah agak masak. Balikkan untuk masak belah yg satu lagi.
  5. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Baked Spanish Omelette


Bahan-bahan ( 4 orang (20cm) )

  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Naikkan suhu oven 180'C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
  6. Bakar selama 45 minit, 180'C atau hingga masak.

Tuna Telur Goreng


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 tin tuna
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • garam
  • serbuk lada putih
  • gula
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji cili padi-potong kecil-kecil
  • 2 tangkai daun bawang- hiris

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.. Kalau guna tuna yang dah pedas tak payah letak cili.
  2. Masukkan tuna. Kacau sehingga nampak sedikit kering.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan ke dalam kuali tuna tadi sambil dikacau.
  4. Akhir sekali masuklah daun bawang. Kacau2 dan padamkan api.
  5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

tat telur


Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Telur Asin


Bahan-bahan ( 5-10 )

  • 10 biji telur
  • garam
  • air suam

Cara-cara

  1. Bersihkan telur & jemur seharian
  2. Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
  3. Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
  4. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehla direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...