Showing posts with label COOK - MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label COOK - MINUMAN. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Jus Epal Susu


Bahan-bahan ( 1 )

  • 1 biji epal hijau
  • 1 camca besar gula
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Sedikit air dan ais

Cara-cara

  1. Kupas buah epal. Buangkan kulit dan bijinya. Belah kecil supaya mudah dikisar.
  2. Masukkan buah epal tadi ke dalam mesin pengisar bersama dengan bahan-bahan lain. Kisar sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum. (Jika ingin kurangkan rasa manis, tak perlu tambahkan gula).

Jus pisang


Bahan-bahan ( 2biji pisang )

  • 2biji pisang
  • 4biji kurma
  • susu segar (anggaran 2 orang) Boleh ditambah sedikit gula

Cara-cara

  1. Pisang,kurma dan susu segar di masukkan kedalam blender.
  2. Boleh ditambah ais untuk sedia diminum

Jus Anggur


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 15-20 biji anggur
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara-cara

  1. Anggur1
    Bersih anggur. Belah dua dan buang bijinya
  2. Masukkan anggur dan air ke dalam blender/mixer. Blend sehingga anggur hancur.
  3. Kalau suka minum sejuk bolehlah tambah ketul ais

Jus Timun


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 sudu kecil lemon jus(jus limau kasturi pun ok)
  • 1/2(100ml) cawan air
  • madu secukupnya

Cara-cara

  1. Timun
    Bersih dan potong bulat-bulat timun
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender/mixer. Mix
  3. **Peringatan: Kalau sakit perut tak boleh minum jus ni dan hanya boleh ambik satu gelas dalam sehari.

Teh Kurma


Bahan-bahan ( 3 gelas koktail )

  • 4-5 biji kurma ( yg murah pun takpe )
  • beberapa potong buah apple / pear
  • 3 sudu gula ( ikut rasa )
  • 600 ml air

Cara-cara

  1. Buah apple / pear dipotong kiub.
  2. Kurma x payah buang biji.
  3. Rebus semua sekali hingga mendidih.
  4. Lebih sedap diminum sejuk.

Mango Juice


Bahan-bahan ( 2 gelas )

  • 1 biji mango besar
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar plain yogurt
  • Beberapa ketul ice-tube

Cara-cara

  1. Mango dipotong dadu.
  2. Masuk semua bahan dalam blender.
  3. Blender semua sekali dan tuang dalam gelas. Siap untuk diminum.

Lassi


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara

  1. Campur yogurt dengan susu. Kacaukan. Kemudian masukkan pula susu dan madu. Kacau lagi
  2. Masukkan campuran ke dalam gelas yang ada ais. Bolehlah diminum. Kalau nak sedap boleh juga tambah perisa seperti jus oren, lemon atau sebagainya

Neslo


Bahan-bahan ( 1 Mug )

  • 2 sdb Milo
  • 1 sdt Nescafe
  • Susu pekat manis secukup rasa
  • Air panas
  • Kiub Ais

Cara-cara

  1. Letak air panas dlm mug, masukkan milo dan nescafe, kacau, masuk susu, kacau lagi. rasa manisnya. Tambah ais.

Pati calpis


Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

Air Jagung


Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 1 gelas air suam
  • 2 sudu makan jagung tin (cream style)
  • Sedikit puding jagung (ada dijual dalam paket)
  • Sedikit perisa jagung (double lion brand atau apa saja)
  • Air gula secukupnya
  • Ais secukupnya

Cara-cara

  1. Cincang puding jagung seperti mencincang cincau.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dalam gelas.Kacaukan.Siap utk dihidang.

Air soya & okara


Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...