Bahan-bahan ( 6 orang )- 20gm agar-agar (kalau guna serbuk, ikut arahan kat peket)
- 200gm strawberry
- 4 cawan air
- 2 cawan susu segar (boleh digantikan dgn susu pekat)
- Gula secukupnya
Cara-cara
- Cairkan 10gm agar-agar dgn 3 cawan air. Tambah gula secukupnya.
- Masukkan 100gm strawberry dalam acuan kecil, masukkan agar-agar tadi. Biar sejuk.
- Sementara itu, cairkan 10gm agar-agar dgn 1 cawan air, stawberry dan gula secukupnya.
- Biar sejuk sedikit sebelum masukkan susu segar. Boleh tambah 2-3 titik perwarna merah kalau suka.
- Masukkan (4) dalam blender, blend sampai strawberry dah hancur. Ketepikan.
- Keluarkan agar-agar (2) dari peti sejuk dan potong kan besar2. Setiap ketul ada satu strawberry kat dalam.
- Masukkan ketulan agar-agar dalam acuan. Tapiskan agar-agar dalam blender dan isikan ke dalam acuan juga.
- Simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan ( 4 org )
- sebungkus agar2 yg besar
- 6 cwn air
- 1 cawan gula halus
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan horlick
- 1 sudu besar tepung custard
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
- dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
- masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
- setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
- akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut.
- bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 10g serbuk agar2
- 650ml air
- 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
- 60gm mentega
- 1 biji telur
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan tepung custard
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/2 sudu teh vanilla
- pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

Bahan-bahan ( 4 orang )
- 80g coklat
- 170ml susu segar
- 60g gula
- 2 biji kuning telur
- 130ml fresh cream/whipping cream
Cara-cara
- Potong coklat kecil-kecil. Panaskan susu segar dengan gula. Kemudian masukkan coklat tadi. Masak sehingga coklat cair.
- Dalam mangkuk lain, masukkan fresh cream dengan kuning telur. Pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan no.1 ke dalam no.2 . Kacau sebati.
- Lepas tu tapiskan adunan masuk ke dalam bekas puding(puding cup/ramekin).
- Letakkan cup pudding ke dlm oven plate, masukkan air suam ke dalam oven plate ketinggian paras air lebih kurang 2cm. Masak dengan suhu 160C selama 30-35 minit. Simpan sehingga sejuk.
- NOTE: Puding ni lembik sikit. tak sesuai kalau masak dalam bekas besar sebab tak boleh dipotong.

Bahan-bahan ( 6 orang )
- 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
- 250g cream cheese
- 250g whipping cream
- 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
- satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
- serbok kok/cokolat utk hiasan
Cara-cara
- satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
- Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
- Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)
- Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.
- Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so saya buat 2 lapisan saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi.

Bahan-bahan ( 5 orang )
- 10 biji telur ayam
- 1 tin susu air
- tepung kastad 3 sudu
- garam secubit
- asin vanila 1 sudu kecil
- gula pasir 2 sudu makan
- 6 sudu besar gula pasir untuk dibuat cairan gula perang.
- 1 tin susu
Cara-cara
- Blend semua bahan diatas.
- Bakar gula 6 sudu tadi diatas loyang yang kecil api sehingga menjadi cairan gula perang.
- Bila gula sudah menjadi cairan gula perang tutup api dan sejukkan.
- Kemudian tuang bahan blend tadi kedalam loyang dan kukus di atas api yang serdahana saja selama satu jam.
- Jika air kukusan mulai kering tambahlah air.
- Untuk mengetahui sama ada ianya telah masak atau tidak bolehlah ambil batang lidi sate dan cucukkan keatasanya. Jika lidi itu tidak terdapat sisa yang melekat ianya sudah pun masak.
- Angkat dan bolehlah dipotong jika sudah sejuk.

Bahan-bahan ( 5-7 )
- 1 tin susu cair
- 1 sd besar gula
- 4 sd besar tepung kastard
- 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
- ½ biji kek gulung sederhana saiznya
- 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
- 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
- 1 mangkuk air panas
Cara-cara
- Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
- Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk.
- Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
- Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
- Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
- Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
- Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Bahan-bahan ( 5 org )
- 1 liter air
- 10g agar-agar
- 250g gula
- 100g tepung kastard
- 2 sudu kecil serbuk koko
Cara-cara
- masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
- masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
- bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
- dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
- sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.

Bahan-bahan ( 6 cups )
- 2 1/2 cawan(500ml) susu segar
- 115g gula
- 10g gelatin
- 6-7 biji walnut
Cara-cara
- Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
- Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
- Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1-2 minit.
- Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
- Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
- Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
- Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi

Bahan-bahan ( 5 orang )
- Coffee Jelly
- 5 sudu besar gula
- 6g gelatin+ 2 sudu besar air
- 2 sudu besar instant coffee
- 1 1/2 cawan air
- Milk jelly
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan fresh cream
- 3 sudu besar gula
- sedikit esen vanila
- 4g gelatin + 1 sudu besar air
Cara-cara
- Coffee Jelly:- Masukkan coffee, gula dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yg telah dicampur dengan 2 sudu besar air. Kacau sehingga gelatin larut.
- Padamkan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan sehingga hampir keras. Lepas tu bolehlah sediakan milk jelly.
- Milk Jelly:- Masukkan susu, fresh cream, gula dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yang telah dicampurkan dengan air.
- Padamkan api. Kacau biarkan haba keluar. Lepas tu bolehlah tuang ke atas coffee jelly tadi.

Bahan-bahan
- Agar-agar satu peket
- Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
- Gula pasir secukup manis/rasa
- Daun pandan sehelai dua dibuang urat
- 2 biji telur ayam
- 2 cawan santan pekat
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
- Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.
- masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur
- Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.
- Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
- Biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.
- Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 10g serbuk agar-agar
- 1.5 liter air(5 gelas)
- 100ml(1/2 cwn) susu cair
- 200g gula
- 1 tin besar koktel
- 2 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
- Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
- Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
- Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
- Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

Bahan-bahan
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 tin susu pekat
- 7 biji telur ayam
- 1 cawan air
Cara-cara
- Cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Bila dah cair lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
- Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata baru masukkan air.
- Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi. boleh kukus sampai masak. Kukus tu dalam 45 minit

Bahan-bahan ( 3 orang )
- 2 biji grapefruit
- 30g gula
- 2 sudu kecil gelatin
- plain yogurt secukupnya
- daun pudina untuk hiasan
Cara-cara
- Ambik sebiji grapefruit. Belah 2. Guna juicer ambik jusnya sebanyak 1cwn(200ml). 1 biji lagi, buang kulit dan ambik isinya.
- Masukkan gelatin ke dalam mangkuk kecil. kemudian masukkan 2sudu besar air. Kacau.
- Larutkan gula ke dalam 1 cawan air panas. Kacau biarkan gula hancur. Masukkan pula gelatin tadi. Kacau biar gelatin hancur.
- Masukkan larutan gula ini ke dalam isi grapefruit tadi. Alaskan mangkuk dengan air yg mengandungi ketulan ais sambil dikacau. Bila dah sejuk, tuangkan ke dalam acuan.
- Simpan dalam peti ais lebih kurang 1jam 30 minit atau sehingga jadi bentuk jelly.
- Bila nak makan, masukkan plain yogurt ke dalam bekas sesuai. Lepas tu letaklah jelly tadi.