Showing posts with label COOK - ICE CREAM. Show all posts
Showing posts with label COOK - ICE CREAM. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Yogurt strawberry frozen


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g strawberi
  • 2 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara

  1. Buang tangkai/daun stawberi. Ramas kasar-kasar.
  2. Yogurtstrawberryfrozen1
    Campurkan strawberi dengan semua bahan-bahan lain. Bekukan dalam freezer. Kacau setiap 1 jam selepas dimasukkan ke dalam freezer. Kalau nak cepat beku masukkan campuran tadi ke dalam bekas besi/tin.

Orange yogurt cream


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 100ml jus minuman oren
  • Bahan A :
  • - 250g plain yogurt
  • - 60g gula halus
  • Bahan B :
  • - 2 sudu besar air panas
  • - 1 1/2 sudu kecil gelatin
  • 100ml fresh cream/dairy whipping cream

Cara-cara

  1. Campurkan bahan B(EDIT : Masukkan gelatin dalam air JANGAN masukkan air dlm gelatin). Kacau sehingga gelatin cair. Kemudian masukkan ke dalam jus oren.
  2. Campurkan bahan A. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi.
  3. Akhir sekali masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  4. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam sebelum dimakan.

Ais Krim Kacang Merah


Bahan-bahan ( 7 orang )

  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar
  • 100 g gula halus (gula kastor)
  • 1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
  3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Cappuccino mousse


Bahan-bahan ( 4 )

  • 1 biji telur putih
  • 3/4 cawan air panas
  • 10g cappuccino(non-sweet)
  • 120ml fresh cream
  • 40g gula halus
  • 8g gelatin

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air. Kacau dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan cappuccino dengan 3/4 cawan air. Kacaukan. Kemudian masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Alaskan bekas campuran cappuccino dengan air yg mengandungi ketulan ais. Biarkan sejuk dan pekat.
  4. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream dgn gula sehingga pekat. Masukkan fresh cream sedikit demi sedikit ke dalam cappuccino sambil dikacau dgn perlahan-lahan.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih sehigga bertanduk atau bila ditelangkupkan telur tak jatuh. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm (4) sambil dikacau dgn perlahan-lahan.
  6. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 40 minit atau lebih.
  7. Cappuccino
    Cappuccino yg saya guna.

Roti aiskrim goreng


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 2 keping roti
  • aiskrim (sebarang jenama)
  • tepung jagung (dibancuh dgn air)
  • coklat chip

Cara-cara

  1. Ambil 2 keping roti (selalu org buat sandwish)
  2. gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek.
  3. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya
  4. selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya
  5. terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam.
  6. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak

Wednesday, December 8, 2010

Yogurt Ice Cream


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 120ml fresh cream
  • 240ml plain yogurt
  • 60g gula halus

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan yogurt. Kacaukan.
  2. Dalam bekas lain, pukul fresh cream sehingga jadi bentuk cream- bila diceduk sedikit akan jadi bentuk tanduk.
  3. Kemudian campurkan fresh cream dengan gula dan yogurt tadi. Kacau.
  4. Bekukan dalam freezer. Bila dah hampir beku- keluarkan dan pukul sehingga gebu. Ulang sehingga 2-3 kali.

Mango gelato


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 400g mango(3 biji)
  • 300g plain yogurt

Cara-cara

  1. Potong mango kecil-kecil dan bekukan.
  2. Mangogelato1
    Masukkan yogurt ke dalam beg plastik. Ratakan biar jadi nipis dan bekukan.
  3. Mangogelato3
    Setelah kedua-duanya beku. Masukkan pula ke dalam food processor. Mix sehingga smooth.
  4. Siap untuk dihidangkan. Kalau nak keraskan sikit boleh simpan dalam freezer lebih kurang 20-25minit.

Coffee Mousse


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji telur putih
  • 3/4 cwn(150ml) coffee pekat
  • 120ml fresh cream
  • 40g gula
  • 8g gelatin

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air-> kacau
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan 2 sudu besar instant coffee(atau ikut kepekatan yg disukai) dengan 3/4 cwn air panas dan gula - kacaukan. Kemudian masukkan gelatin tadi. Kacau campai gelatin hancur.
  3. Alaskan campuran coffee tadi dengan mangkuk yg ada ketulan ais + air . Kacau sehingga menjadi agak pekat.
  4. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream sehingga pekat. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran cofee tadi sambil dikacau dengan perlahan.
  5. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga kembang dan bertanduk. Masukkan telur ini ke dalam campuran tadi sambil dikacau dengan perlahan-lahan.
  6. Akhir sekali masukkan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan di dalam peti ais selama 40 minit.

Aiskrim Laici


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 tin laici
  • bekas kiub ais

Cara-cara

  1. Potong 2 laici. Masukkan ke dalam bekas kiub ais. Kemudian masukkan sirapnya. Bekukan dalam peti ais.
  2. Boleh juga gantikan laici dengan buah-buah tin yang lain
  3. Isi cara-cara di sini

Aiskrim tembikai


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 300cc tembikai
  • 1sb madu
  • 300cc fresh cream
  • 3 sb gula halus

Cara-cara

  1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
  2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
  3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
  4. Bekukan dalam freezer
  5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

Banana frozen


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200g pisang yang telah dibekukan
  • 100ml fresh cream
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
  2. Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer. jadikan aiskrem

Aiskrim simple


Bahan-bahan

  • 2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke)
  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas
  2. pastu masuk dlm fridge
  3. setelah agak beku. keluarkan semula & blend lagi skali
  4. masukkan semula dan biarkan beku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...