Monday, November 29, 2010

Masak Asam Daging


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 kg daging (topside / tetel)
  • 15 biji cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • sedikit ajinomoto (jika perlu)
  • minyak secukupnya (untuk menggaringkan cili)
  • sedikit pes asam jawa
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Daging dipotong kecil & direbus hingga empuk. Asingkan daging & air rebusan, ketepikan.
  2. Basuh & rendamkan seketika cili kering di dalam air panas, potong kecil & masukkan ke dalam blender. Masukkan juga cili merah & kesemua bawang² yang telah dipotong kasar ke dalam blender.
  3. Potong kecil² 2 batang serai, masukkan ke dalam blender. Masukkan sedikit air & blender kesemua bahan² sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, masukkan cili yang diblender, goreng sehingga agak garing.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daun kari dan 3 batang serai yang telah diketuk / dititik.
  7. Pastikan cili benar² garing, masukkan daging yang telah direbus.
  8. Biarkan seketika, perlahankan api & tutup periuk dengan penutup.
  9. Bancuh pes asam jawa dengan air rebusan daging.
  10. Masukkan bancuhan air asam ke dalam periuk, gaulkan sebati.
  11. Rasa tahap masam, masin & kepekatan kuah. Pastikan ianya secukup rasa. Tambahkan air sekiranya kuah terlalu pekat.
  12. Biarkan seketika. Padamkan api & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas².

Nasi Ayam Penyet


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

  1. Ayampenyet
    Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  7. Sambal_ayam_penyet
    Untuk Sambal
  8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
  16. Untuk Sup
  17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  19. Nasiayampenyet
    Untuk Nasi
  20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Ayam BBQ


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Ayam Phat Phet


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je

Paprik


Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Ayam percik


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Tauhu ayam


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 keping dada ayam
  • 280g tauhu
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Cincang isi ayam
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Potong halus daun sup
  4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
  5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Nugget ayam


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 400g isi ayam
  • 4 sudu besar mayonis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100g okara/breadcrumbs
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit tepung- utk salut kat luar nugget

Cara-cara

  1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
  2. Buat bentuk bulat, golek-golek dalam tepung. Kemudian goreng dengan minyak penuh.

Kerabu Perut simple


Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 350grm perut lembu
  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih(hiris halus)
  • 4 biji cili api(hiris)
  • daun sup bawang(hiris)
  • garam gula
  • 1/2 biji limau nipis(ambil jusnyer)
  • 1 tangkai cili merah(hiris)
  • 3 tangkai daun kesum (saya xde so x letak)
  • sedikit black paper(kalau xnak pun xpe)

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan2 dan gaul semuanya...
  2. boleh dimakan dgn nasi putih

Perut rebus ala Siam


Bahan-bahan ( 2 org )

  • perut lembu secukupnyer- direbus sampai empuk..pastu potong kecil2
  • 1 labu bwg besar - mayang
  • 1 ulas bwg putih - ketuk
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 1-2 potong lengkuas
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 helai daun limau purut
  • 1/2 ketul kiub tom yam
  • nampla (buh byk2 br sedap)
  • jus lemon/perahan limau
  • sedikit sos tomato + cili
  • garam + gula

Cara-cara

  1. masukkan air secukupnyer tuk tuk kuah
  2. bubuh perut + bwg putih + lengkuas+serai+cili padi+kiub tomyam..rebus sampai mendidih
  3. masukkan nampla, sos cili, tomato & jus lemon..garam & gula..adjust rasa..
  4. dah ok masukkan bwg besar..masak sampai mendidih

Perut sambal siam


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 kg perut lembu direbus hingga empuk dan dipotong.
  • sambal
  • Bahan A ( digoreng tanpa minyak)
  • 2 inci belacan
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • Bahan B
  • setengah cawan santan pekat
  • kerisik setengah biji kelapa
  • garam, gula dan air asam jawa secukup rasa

Cara-cara

  1. bahan A ditumbuk hingga lumat atau boleh juga dimesin dengan mesin kering.
  2. campurkan bahan A dan bahan B dan digaul sebati.
  3. siap untuk dihidangkan

Masak daging lada hitam madu


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup (kalau takde, 1 sudu teh serbuk kunyit pun boleh)
  • 1 sudu besar madu (lebih pun takpe)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar (atau secukup rasa)
  • 250 gm daging (paling bagus daging batang pinang la) di hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 sudu besar kicap pekat manis
  • Utk. tumisan: 3 biji buah pelaga, 1 bunga lawang, 2 inci kayu manis

Cara-cara

  1. Senang je..... Blend semua bawang, halia dan kunyit tadi dan gaulkan dengan daging yang sudah di hiris dan dibersihkan. Gaul sekali dengan lada hitam, madu, sos tiram dan kicap. Peram (masuk dlm fridge) lebih kurang 15minit.
  2. Toskan daging , tetapi JANGAN buang air peram (sos marinade) tadi.
  3. Tumis buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, dan masukkan daging.
  4. Goreng daging lebih kurang 5 minit, dan masukkan air "marinade" tadi. Masak dengan api sederhana sehingga daging lembut dan sos/kuahnya sedikit kering dan kelihatan berkilat.
  5. Boleh dihias dengan hirisan bawang besar dan cili merah/hijau.

kerabu daging


Bahan-bahan ( 5 org )

  • Daging 500 gm
  • Serai 4 batang
  • Bunga Kantan 3 kuntum
  • bawang merah 8 ulas
  • cuka 5 sudu besar
  • garam, ajinomoto, gula ikut sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus daging sehingga empuk, kendian potong kecil2 bentuk kiub
  2. serai,bunga kantan, bawang merah di racik halus
  3. masukkan semua dalam 1 bekas, masukkan cuka garam dan gaul sebati
  4. masukkan dalam peti.. nak makan baru hidang.. sedap makan dgn nasi atau begitu saja

Spaghetti tomato daging


Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 250g Spaghetti rebus ikut arahan pek
  • Daging dihiris
  • 1 atau 2 biji bawang besar
  • 5-6 biji tomato dipotong dadu atau boleh guna S&W ready cut tomatoes.
  • 1 Sudu besar tomato puree.
  • Garam sekup rasa
  • Chili flakes
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 cawan air panas
  • coarse black pepper

Cara-cara

  1. tumis bawang besar sampai naik bau then masukkan daging.
  2. Dsc_0070
    agak2 daging dah masak masukkan diced tomato dan air panas. kalau tak suka berkuah sangat kurangkan air.
  3. masukkan kiub pati ayam, chili flakes, garam dan black pepper secukup rasa.
  4. agak2 dah pekat kuahnya, masukkan spaghetti. gaul sekata and walah... boleh dihidang.

Daging hitam manis


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500g daging - dihiris nipis
  • 1camca teh serbuk kunyit
  • garam
  • 200ml minyak masak
  • 7 bj bwg merah *
  • 5 ulas bwg putih *
  • 1/2 cwn kicap pekat
  • 1/4 cawan cuka
  • sedikit gula
  • 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
  • 2 labu bawang besar- potong dadu
  • 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
  • * ditumbuk bersama
  • 60g halia*

Cara-cara

  1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
  2. Goreng daging kira-kira 5 minit
  3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
  4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
  5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...