Monday, December 6, 2010

Kek cheese bersalji


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

  1. Dscn1200
    Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Dscn1202
    Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Dscn1203
    Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Dscn1204
    Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Dscn1209
    Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Dscn1214
    Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Dscn1217
    Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Dscn1206
    Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Dscn1225
    Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...